Piramid Djoser
Penerangan
Piramid Djoser (atau Djeser dan Zoser), atau Piramid Langkah, adalah sebuah tapak arkeologi di nekropolis Saqqara, Mesir, barat laut bandar Memphis. Struktur 6 tingkat, 4 sisi ini adalah bangunan batu kolosal paling awal di Mesir.[4] Ia dibina pada abad ke-27 SM semasa Dinasti Ketiga untuk pengebumian Firaun Djoser. Piramid ini merupakan ciri utama kompleks makam yang luas dalam sebuah halaman besar yang dikelilingi oleh struktur dan hiasan upacara.
Wikipedia