Byzantium
Penerangan
Byzantium (/bɪˈzæntiəm, -ʃəm/) atau Byzantion (Greek: Βυζάντιον) adalah sebuah kota Yunani kuno dalam zaman klasik yang kemudiannya dikenali sebagai Konstantinopel pada zaman akhir antik dan Istanbul pada masa kini. Nama Yunani Byzantion dan Latinisasinya Byzantium terus digunakan sebagai nama Konstantinopel secara sporadis dan dalam pelbagai tahap sepanjang kewujudan seribu tahun Empayar Byzantine.[1][2] Byzantium dijajah oleh orang Yunani dari Megara pada tahun 657 SM, dan kekal sebagai penutur bahasa Yunani sehingga penaklukannya oleh Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1453 M.[3]
Wikipedia